Pasukan khas basmi nyamuk aedes di Johor Bahru, Kulai - Utusan Malaysia

Pasukan khas basmi nyamuk aedes di Johor Bahru, Kulai

LING TIAN SOON menyertai operasi membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes di Johor Jaya, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menubuhkan pasukan khas bagi memantau serta menjalankan aktiviti pemusnahan habitat nyamuk aedes di bandar raya ini dan Kulai.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, inisiatif itu diambil susulan peningkatan kes demam denggi di kedua-dua daerah berkenaan.

“Johor Bahru mencatatkan 7,082 kes demam denggi dalam 22 minggu pertama tahun ini berbanding 3,649 kes dalam tempoh sama tahun lepas, peningkatan sebanyak 94 peratus dengan sembilan kematian direkodkan.

“Ini adalah data yang membimbangkan, terutamanya di Johor Bahru. Daripada kes yang dicatatkan, 75 hingga 80 peratus berlaku di sini, manakala 10 peratus di Kulai,” katanya selepas menyertai operasi membasmi nyamuk aedes di sini.

Tian Soon berkata, kaedah terbaik membendung demam denggi adalah dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk. 

“Oleh itu, semua pihak mempunyai tanggungjawab memastikan kebersihan dan keselamatan persekitaran mereka supaya keluarga dan jiran tidak menjadi pesakit demam denggi yang seterusnya.

“Usaha peningkatan kesedaran terhadap ancaman demam denggi perlu terus dilaksanakan untuk membasmi penyakit ini,” katanya. –  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×