Lebih 25,000 rakyat Palestin perlu rawatan pakar luar Gaza

Lebih 25,000 rakyat Palestin perlu rawatan pakar luar Gaza

KANAK-KANAK lelaki Palestin mengangkut tong air melepasi bangunan yang musnah akibat pengeboman tentera Israel di Bandar Gaza. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 25,000 rakyat Palestin di Gaza memerlukan rawatan segera akibat kecederaan parah dialami mereka berikutan kezaliman rejim Zio­nis di wilayah itu sejak 7 Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun, setakat hari ini, hanya 6,645 orang yang berjaya keluar mendapatkan rawatan lanjut ke Mesir sepanjang Lintasan Rafah dibuka sebelum ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin di Gaza, Omar Seyam berkata, tiada lagi pergerakan keluar membabitkan pesakit yang mengalami kece­deraan parah selepas 7 Mei lalu apabila Israel mengawal Lintasan Rafah.

Katanya, ia menyebabkan rakyat Palestin yang mengalami kecederaan parah terdedah kepada kepada komplikasi sekali gus mengakibatkan kematian.

“Jumlah 25,000 yang memerlukan rawatan kecemasan itu adalah mereka yang masih boleh diselamatkan jika dibenarkan keluar mendapatkan rawatan pakar luar dari Semenanjung Gaza.

“Keadaan pesakit yang ce­dera semakin hari semakin te­ruk selepas tentera Israel se­ngaja memusnahkan keba­nyakan hospital dan fasiliti kesihatan di Gaza serta me­ngakibatkannya sudah tidak lagi dapat berfungsi,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sehingga semalam, sekurang-kurangnya 37,084 rakyat Pa­lestin di Gaza terbunuh dalam serangan Israel terhadap wilayah tersebut sejak 7 Oktober tahun lalu.

Jumlah kecederaan juga terus meningkat saban hari dengan terbaharu seramai 84,494 orang mengalami kecederaan.

Keadaan tersebut semakin meruncing apabila hospital yang masih berfungsi di Gaza mengalami kesukaran untuk menampung jumlah pesakit dengan kekurangan bekalan peralatan rawatan.

Difahamkan, sehingga hari kini, tiada lagi hospital dapat berfungsi sepenuhnya dan ha­nya 12 daripada 36 pusat kesihatan tersebut masih separa berfungsi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×