Terpaksa gali semula telaga untuk dapat bekalan air

Terpaksa gali semula telaga untuk dapat bekalan air

ISMAIL Musa dan Maimun Abdullah menunjukkan telaga yang digali semula setelah kering akibat cuaca panas di Kampung Baru, Lata Tembakah, Besut, semalam. – UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Sepasang warga emas sanggup mengeluarkan belanja RM1,500 semata-mata untuk menggali semula sebuah telaga berusia lebih 30 tahun bagi mendapatkan bekalan air ketika cuaca panas sekarang.

Ismail Musa, 75, dan Maimun Abdullah, 60, dari Kampung Baru, Lata Tembakah di sini mengambil inisiatif tersebut selepas tidak sanggup berulang- alik ke sungai terletak kira-kira tiga kilometer dari rumahnya untuk mencuci dan mandi setiap hari.

Menurut Ismail, keadaan itu berlarutan hampir tiga bulan, selain mereka juga terpaksa mengangkut air bagi keperluan harian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami tidak tahu sampai bila keadaan ini berterusan. Jadi, setelah berbincang dengan isteri, kami sepakat menggali semula telaga pada bulan lalu.

“Sebelum ini, kedalaman telaga tersebut kira-kira tiga meter dan kini kami gali semula sedalam lima meter untuk mencari mata air,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, kira-kira 50 keluarga di kampung itu hanya menggunakan telaga untuk mendapatkan sumber air bersih sejak perkampungan tersebut dibuka pada 1990.

Katanya, kejadian telaga ke­ring tersebut adalah kali kedua berlaku dan tempohnya agak panjang, tidak seperti pertam akali berlaku pada 2000.

“Alhamdulillah, beberapa minggu kebelakangan ini hujan mulai turun dan telaga kembali dipenuhi air dan tidak perlu lagi berulang-alik ke sungai setiap hari kecuali jika perlu sahaja,” katanya.

Sebelum ini Utusan Malaysia melaporkan penduduk di kampung berkenaan terpaksa mandi dan mencuci pakaian di sungai ekoran air telaga kering susulan cuaca panas yang melanda negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini