Gunung Semeru muntahkan debu, lava panas

Gunung Semeru muntahkan debu, lava panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Gunung Semeru di Lumajang, Jawa Timur, memuntahkan debu setinggi 500 meter dan aliran lava panas dari puncak kawah Jonggring Saloko menghala ke Besuk Kobokan.

Namun, Ketua Bidang Kecemasan dan Pemulihan Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Kabupaten Lumajang, Yudhi Cahyono menjelaskan status Gunung Semeru masih berada di Tahap III atau siap siaga.

Lapor Antara, Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) memberi saranan kepada orang ramai supaya tidak melakukan sebarang aktiviti di sektor tenggara sepanjang Besuk Kobokan sejauh 13 kilometer (km) dari puncak letusan.

Penduduk juga dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti dalam lingkungan 500 meter dari tebing sungai di sepanjang Besuk Kobokan kerana berpotensi terjejas dengan jatuhan awan panas dan aliran lahar sehingga jarak 17 km dari puncak.

“Kami menerima laporan dari pos pemantau di Curah Kobokan ada aliran lava panas menuju ke Curah Kobokan.

“Tetapi kami tidak dapat memantau jarak alirannya kerana ia dilitupi kabus tebal dan awan,” tambahnya.

Pos Pemerhatian Gunung Berapi Semeru (PPGA) merekodkan lebih 102 gegaran dan letusan sejak pukul 12 tengah malam kelmarin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×