Dua maut dalam kemalangan di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands - Utusan Malaysia

Dua maut dalam kemalangan di Jalan Simpang Pulai – Cameron Highlands

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa dalam kenderaan yang terlibat kemalangan di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, Ipoh hari ini.- U UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Dua wanita maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terlibat nahas dengan sebuah lori muatan tayar di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini hari ini.

Kejadian itu turut menyebabkan pemandu MPV jenis Toyota Avanza berusia 65 tahun parah manakala dua kanak-kanak perempuan cedera.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat kejadian diterima pihaknya pada pukul 11.39 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dibantu BBP Gopeng diatur gerak ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

“Kemalangan melibatkan sebuah MPV jenis Toyota Avanza dinaiki lima individu dipercayai bertembung dengan sebuah lori satu tan sebelum kenderaan itu terbabas ke dalam longkang di tepi jalan.

“Terdapat dua mangsa tersepit dalam kenderaan. Kedua-dua mangsa disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi mengeluarkan mangsa segera dijalankan dan mayat mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Dalam kejadian itu, pemandu lori berusia 33 tahun tidak cedera. Operasi tamat pada pukul 1.15 petang,” ujar beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini