Polis mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis akan memohon sambung reman terhadap ibu bapa kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi meneruskan siasatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya akan membuat permohonan tersebut selepas tempoh reman tamat esok.

Ditanya sama ada terdapat pengakuan daripada ibu bapa mangsa, beliau berkata, perkara itu masih dalam siasatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Esok kita akan pohon untuk sambung reman,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini. 

Media semalam melaporkan peguam ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, Fahmi Abd. Moin memaklumkan beliau tidak dibenarkan bertemu mereka yang kini dalam tahanan reman.

Pada 31 Mei lalu, polis menahan ibu bapa kepada Zayn Rayyan di Puncak Alam dekat sini bagi membantu siasatan dan kedua-dua mereka direman tujuh hari di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Mayat Zayn Rayyan ditemukan di saliran air kira-kira 200 meter dari rumahnya pada pukul 9 malam, 6 Disember lalu selepas hampir 30 jam dilaporkan hilang.

Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×