Wanita kematian suami derita kanser limfoma

Wanita kematian suami derita kanser limfoma

NIK Suria Jusoh menunjukkan pelbagai jenis ubat yang perlu diambilnya bagi mengurangkan kesakitan akibat kanser limfoma di Kampung Padang Limau, Karangan, Kulim, Kedah. – UTUSAN/AZAHAR HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Seorang wanita yang tinggal bersendirian selepas kematian suami tiga tahun lalu hanya mampu menangis ketika disahkan menghidap kanser limfoma pada September tahun lepas.

Nik Suria Jusoh, 49, berkata, ketika itu dia berasa sangat tertekan kerana memikirkan nasibnya yang perlu menempuh ujian berat tersebut bersendirian.

“Sebelum ini saya jaga suami, Sukri Abdullah, 52, yang lumpuh akibat terjatuh dari pokok selama 14 tahun. Suami kemudian me­ninggal dunia tiga tahun lalu.

“Saya terima satu lagi ujian besar dalam hidup apabila disahkan menghidap kanser limfoma tahap dua setelah mengalami bengkak pada tonsil, selain kerap jatuh sakit termasuk muntah darah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Limau, Karangan.

Katanya, akibat masalah kesihatan itu, dia kehilangan pendapatan kerana terpaksa berhenti kerja sebagai ejen penghantar barang sebuah syarikat penghantaran barangan.

“Buat masa ini saya terpaksa bergantung harap kepada saudara-mara yang membantu daripada segi perbelanjaan harian,” ujarnya.

Menurutnya, meskipun pada awal sukar menerima ujian itu, dia tetap tabah meneruskan kehidupan dengan mengumpul kekuatan untuk terus bersikap positif.

“Kalau boleh tidak mahu menyusahkan sesiapa dan saya baru membuat permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),” katanya.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank 152031517102 atas nama Nik Suria Jusoh atau menghubunginya di talian 01112539737. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×