Pukul pemandu OKU: KDN tidak masuk campur

Pukul pemandu OKU: KDN tidak masuk campur

SAIFUDDIN Nasution Ismail (tengah) ketika sidang akhbar selepas mengiringi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak melawat Kompleks Penjara Seberang Perai di Jawi, Nibong Tebal, Pulau Pinang.-UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat insiden pengiring individu kenamaan yang didakwa memukul Orang Kurang Upaya (OKU) pada 28 Mei lalu.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya tidak akan mencampuri isu itu dan menyerahkan sepenuhnya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain untuk tindakan lanjut.

“Oh, yang itu (isu pukul). Kena IGP (Ketua Polis Negara) kot (beri komen). Saya tak campur yang itu, bagi IGP buat,” katanya ketika diminta mengulas berhubung perkembangan siasatan kes terbabit.

Terdahulu, beliau mengiringi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak melawat Kompleks Penjara Seberang Perai, Jawi di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, pemandu e-hailing OKU itu mendakwa dipukul pegawai pengiring ketika sedang menunggu penumpang di sebuah hotel di KL Sentral.

Lelaki berusia 46 tahun itu mendakwa ditumbuk di kepala ketika diminta mengalihkan keretanya sebelum dia membuat laporan polis.

Razarudin kemudiannya dilaporkan berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh dan memanggil pegawai-pegawai terlibat bagi membantu siasatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×