Tunku Mahkota Ismail gesa siasatan menyeluruh, dakwa ada gerakan kaitkan keluarga diraja

Tunku Mahkota Ismail gesa siasatan menyeluruh, dakwa ada gerakan kaitkan keluarga diraja

TUNKU MAHKOTA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan baginda tidak menyokong sebarang perbuatan atau tindakan mengugut yang dilakukan oleh mana-mana pihak.

Justeru, baginda bertitah supaya pihak berkuasa menyiasat secara menyeluruh kejadian seorang pegawai polis pengiring baginda yang didakwa mengasari seorang pemandu e-hailing, baru-baru ini.

“Merujuk kejadian yang berlaku di Hotel St. Regis, Kuala Lumpur pada 28 Mei lalu, saya telah dimaklumkan pada hari berikutnya dan dengan segera menggesa pasukan pengiring keselamatan Polis Diraja Malaysia untuk bekerjasama dengan pihak penyiasatan.  

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak membenarkan sebarang tindakan atau ugutan yang menyalahi undang-undang. Saya menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat secara menyeluruh berkaitan kejadian seorang pegawai polis pengiring yang didakwa melakukan perbuatan berbahaya. Saya berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan mengikut undang-undang dan memberi keadilan sebaiknya kepada mangsa,” titah baginda dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tunku Mahkota Ismail turut bertitah agar semua pihak menghormati siasatan yang dijalankan pihak berkuasa. 

“Saya juga sedar ada gerakan mengheret institusi diraja dengan menggunakan insiden ini, tetapi mengaitkan tindakan anggota keselamatan luar dengan diri saya dan seluruh institusi diraja adalah tidak wajar,” titah baginda.

Terdahulu, seorang pemandu e-hailing berusia 46 tahun membuat laporan polis mendakwa ditumbuk di bahagian kepala oleh pengiring seorang kenamaan ketika berada di Hotel St. Regis, Kuala Lumpur.

Difahamkan, pengadu telah mendapatkan rawatan awal di Hospital Kuala Lumpur dan disahkan mengalami ‘soft tissue injury’.

Kelmarin, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, perkara tersebut sudah diselesaikan secara baik serta pengadu tidak mahu memanjangkan kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini