Bin Zayed sasar pelaburan FDI RM100 bilion - Utusan Malaysia

Bin Zayed sasar pelaburan FDI RM100 bilion

MUHYIDDIN Yassin menyaksikan majlis memeterai perjanjian kerjasama oleh Mohd. Rizal Mohd. Jaafar dengan Sheikh Midhat Kidwai (duduk, kiri) di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Mohamed Azmin Ali, Muhammad Sanusi Md. Nor serta Pengerusi Widad Business Group, Tan Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Syarikat konglomerat Abu Dhabi, Bin Zayed International LLC menyasarkan untuk membawa masuk pelaburan bernilai RM100 bilion ke Malaysia untuk beberapa tahun akan datang.

Buat fasa permulaan ia membabitkan projek pembangunan Widad@Langkasuka di Pulau Langkawi, Kedah dengan kerjasama Widad Business Group Sdn. Bhd.

Pengarah Urusan Bin Zayed International LLC, Sheikh Midhat Kidwai berkata, pihaknya yakin projek itu akan menjadi salah satu projek iko­nik Malaysia dengan mengangkat Pulau Langkawi ke peringkat global.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelas beliau, ia dapat membantu meningkatkan pemulihan ketara khususnya ekonomi Malaysia di samping mewujudkan lebih 30,000 peluang pekerjaan.

“Kami berikrar bahawa dengan hubungan kerjasama perniagaan ini, kedua-dua pihak berhasrat melabur lebih banyak dalam projek infrastruktur.

“Bermula Widad@Langka­su­ka, kami percaya pembabitan projek ini akan membawa lebih banyak FDI bernilai RM100 bi­lion untuk akan datang,” kata­nya dalam kenyataan semalam.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Widad Business Group Sdn. Bhd. dan Bin Zayed International LLC.

Menerusi perjanjian itu, ke­dua-dua pihak bekerjasama bagi menyelaras dengan kerajaan negeri, perunding serta kontraktor berkaitan pembangunan infrastruktur dan pembinaan projek Widad@Langkasuka.

Perjanjian itu dimeterai oleh Pengarah Eksekutif Widad Business Group Sdn. Bhd., Datuk Dr. Mohd. Rizal Mohd. Jaafar manakala Bin Zayed International LLC diwakili Sheikh Midhat Kidwai.

Turut hadir, Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini