Polis berjaya tumpas Geng Ruben

Polis berjaya tumpas Geng Ruben

HABIBI Majinji menunjukkan barang rampasan bernilai RM100,000 ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sekumpulan penjenayah dikenali sebagai Geng Ruben yang aktif melakukan pecah premis sekitar Kepong diberkas polis sekitar Kuala Lumpur sejak 13 Mei lalu.

Kesemua suspek warga tempatan berusia antara 28 dan 38 tahun ditahan pada 13 Mei sehingga semalam (28 Mei).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Habibi Majinji berkata, kumpulan yang dikenali sebagai Geng Ruben itu diambil daripada nama ketua dalang mereka, Ruben.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Modus operandi mereka adalah memecah masuk premis dengan menaiki kenderaan yang dicuri iaitu Nissan Vanette dan Perodua Kancil.

“Mereka memecah masuk enam buah restoran dan selebihnya melibatkan kedai alat ganti kereta dan bengkel,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, hari ini.

Menurut Habibi, sebahagian barangan kes yang dicuri, mereka akan jual kepada tempat pelupusan.

Katanya, kumpulan itu menjalankan aktiviti mereka pada tengah malam mulai satu hingga lima pagi.

“Mereka juga mengambil kamera litar tertutup (CCTV) milik premis untuk menghilangkan jejak mereka dan kemudian menjualnya,” katanya.

Habibi berkata, selain menahan suspek, pihak polis juga turut merampas komputer riba, telefon bimbit, wang tunai, alat ganti kenderaan dan juga tin susu dianggarkan bernilai RM100,000.

“Hasil penahanan suspek ini, kita percaya dapat selesaikan sebanyak sembilan kes iaitu melibatkan tujuh kes pecah premis dan dua kes curi kenderaan.

“Sehingga semalam, sebanyak 11 kes berjaya diselesaikan dan permohonan reman terhadap suspek disambung hari ini.

“Enam kes telah mendapat arahan pertuduhan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” tambahnya.

Habibi bagaimanapun mengutarakan keresahannya terhadap peningkatan lima kali ganda kes jenayah pecah masuk premis di Kepong pada tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun lalu hanya tiga kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×