Penagih gigit lengan polis didenda RM2,000

Penagih gigit lengan polis didenda RM2,000

Penagih gigit lengan polis didenda RM2,000
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang penagih dadah didenda sebanyak RM2,000 di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah menggigit lengan anggota polis yang sedang bertugas dalam kejadian di Rumah Rakyat Chembong di sini, bulan lalu.

Tertuduh, Muhammad Azli Kamarudin, 37, beralamat di Pedas, membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan secara berasingan dihadapan Majistret, Kartini Kasran.

Majistret turut menetapkan lima bulan penjara sekiranya tertuduh yang juga penganggur gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah menghalang penjawat awam iaitu seorang anggota polis berpangkat Detektif Koperal dengan menggigit bawah lengan tangan kanan daripada menjalankan tugasnya.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 1.15 petang, di sebuah premis kediaman Rumah Rakyat Chembong pada 25 April lalu.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan hendaklah dikenakan penjara selama tempoh dua tahun atau dengan denda maksimum hingga RM10,000 atau dengan kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau telah membuat serbuan di lokasi tersebut dan menunjukkan kad kuasa serta menerangkan tujuan kedatangan kepada tertuduh.

Tertuduh enggan memberikan kerjasama dan bertindak melarikan diri ke bahagian dapur serta bertindak agresif sehingga mencederakan anggota bertugas.

Dalam prosiding berasingan, Muhammad Azli turut mengaku bersalah atas dakwaan memasukkan dadah jenis Morphin dalam tubuh badannya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 15 (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum penjara hingga dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Majistret menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,500 bagi kesalahan tersebut dan lapan bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut, selain pengawasan polis selama dua tahun.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi.

CAPTION
SEORANG penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Rembau hari ini atas tuduhan mengigit lengan anggota polis dan memasukkan dadah ke dalam badan. – UTUSAN//NOR AINNA HAMZAH

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×