Enggan pisang berbuah dua kali - Fouziah Gous pilih badan dipercayai untuk salur bantuan kepada Palestin - Utusan Malaysia

Enggan pisang berbuah dua kali – Fouziah Gous pilih badan dipercayai untuk salur bantuan kepada Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan usahawan, Fouziah Gous, 41, mengambil pendekatan berhati-hati dalam memilih platform bagi menyalurkan sumbangan untuk penduduk Palestin.

Katanya, perkara itu disebabkan dia mahu sumbangan yang disalurkan benar-benar sampai dan tidak dimanipulasi pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

“Sebelum ini saya telah kumpul sumbangan daripada hasil perniagaan yang saya jalankan.

“Malangnya badan yang saya pilih untuk sampaikan sumbangan itu telah disenarai hitam.

“Selepas itu timbulkan kerisauan, enggan pisang berbuah dua kali,” katanya.

Fouziah berkata demikian ketika ditemui pada Malam Bersamamu Rafah 2024 yang diadakan baru-baru ini.

Malam tersebut menyaksikan penyerahan RM300,000 yang dikutip menerusi Tabung Bersamamu Rafah untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin.

Dalam pada itu Fouziah bersyukur kerana diberi peluang untuk membantu takyat Palestin menerusi tabung berkenaan.

“Selepas apa yang berlaku sebelum ini, saya jadi was-was.

“Namun saya bersyukur kerana mendapat tahu dan terus menyumbang menerusi tabung ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×