Malaysia catat RM221.7 bilion jumlah perdagangan pada April

Malaysia catat RM221.7 bilion jumlah perdagangan pada April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM221.7 bilion pada April 2024 dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM114.7 bilion dan RM107.0 bilion, menurut Jabatan Perangkaan.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, prestasi eksport bernilai RM114.7 bilion pada April 2024 meningkat sebanyak RM9.5 bilion iaitu peningkatan 9.1 peratus berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. 

“Peningkatan itu dipengaruhi oleh eksport yang lebih tinggi di kebanyakan negeri iaitu Selangor (RM3.0 bilion), Sarawak (RM2.1 bilion), Pulau Pinang (RM1.4 bilion), Kuala Lumpur (RM1.0 bilion), Perak (RM894.4 juta), Terengganu (RM826.4 juta), Sabah (RM669.2 juta), Johor (RM534.0 juta), Kelantan (RM164.9 juta) dan Labuan (RM7.2 juta).

“Bagaimanapun, nilai eksport menurun di Kedah sebanyak RM669.7 juta, diikuti Pahang (RM377 juta), Negeri Sembilan (RM125.6 juta), Perlis (RM26.7 juta) dan Melaka (RM25.6 juta).

“Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 30.1 peratus, diikuti oleh Johor (20.4 peratus), Selangor (18.5 peratus), Sarawak (8.2 peratus) dan Kuala Lumpur (4.7 peratus),” katanya dalam kenyataan.

Beralih kepada prestasi import mengikut negeri, Mohd. Uzir memaklumkan, import pada April meningkat RM14.5 bilion iaitu 15.6 peratus berbanding bulan sama 2023.

“Peningkatan import disebabkan oleh import yang lebih tinggi di kebanyakan negeri iaitu Selangor (RM4.0 bilion), Pulau Pinang (RM3.6 bilion), Johor (RM1.6 bilion), Melaka (RM1.3 bilion), Kedah (RM1.2 bilion), Negeri Sembilan (RM770.8 juta) dan  Pahang (RM532.9 juta).

“Turut mencatatkan peningkatan lebih tinggi adalah Kuala Lumpur (RM520.9 juta), Sarawak (RM479.4 juta), Perak (RM228.3 juta), Terengganu (RM125.8 juta), Sabah (RM121.1 juta) dan Perlis (RM9.6 juta). 

“Bagaimanapun, nilai import jatuh di  Labuan sebanyak RM41.1 juta dan Kelantan (RM19.3 juta).

“Selangor mendominasi import Malaysia dengan sumbangan 27.2 peratus, diikuti oleh Johor (21.6 peratus), Pulau Pinang (21.0 peratus), Kuala Lumpur (7.5 peratus) dan Kedah (5.9 peratus),” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×