YTL Power beli 31.43% kepentingan Ranhill pada 99.sen sesaham

YTL Power beli 31.42% kepentingan Ranhill pada 99.5 sen sesaham

PENGAMBILALIHAN itu meningkat saham TYL Power secara kolektif kepada 53.19 peratus dalam Ranhill.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: YTL Power International Bhd. (YTL Power) menerusi anak syarikatnya dengan pegangan 70 peratus, SIPP Power Sdn. Bhd. membeli 405.18 juta saham atau 31.42 peratus kepentingan dalam Ranhill Utilities Bhd. (Ranhill) pada harga RM405.18 juta atau 99.5 sen sesaham.

Menerusi pemfailan di Bursa Malaysia, blok saham itu dimiliki oleh pemegang saham utamanya Tan Sri Hamdan Mohamad dan entiti miliknya iaitu Hamdan Inc (Labuan) Pte Ltd dan Yayasan Hamdan.

Katanya , SIPP Power telah menandatangani perjanjian pembelian saham tanpa syarat dengan Hamdan dan dua entiti pelaburannya pada Selasa.

“Transaksi terkini akan meningkatkan kepentingan langsung SIPP Power kepada 34.32 peratus daripada 2.9 peratus sebelumnya. 

“Oleh itu, SIPP Power bersama YTL Power secara kolektif akan memiliki 53.19 peratus pegangan dalam Ranhill, meningkat daripada 21.77 peratus ketika ini,” katanya. 

Menurutnya, pengambilalihan itu akan dilaksanakan melalui urus niaga perniagaan langsung (DBT) dalam dua peringkat yang terdiri daripada 290.57 juta saham jualan (saham jualan peringkat satu) dan 114.6 juta saham jualan (saham jualan peringkat  dua).

YTL Power muncul sebagai pemegang saham besar Ranhill pada 1 November 2023, selepas memperoleh 243.33 juta saham bersamaan dengan 18.87 peratus kepentingan daripada Cheval Infrastructure Fund LP.

Memandangkan peningkatan dalam pegangan saham, SIPP Power berkewajipan untuk membuat tawaran am mandatori (MGO) pada 99.5 sen sesaham untuk membeli semua saham Ranhill yang belum dimilikinya.

Tambahnya, MGO akan dibiayai oleh dana yang dijana secara dalaman dan SIPP Power berhasrat untuk mengekalkan status penyenaraian Ranhill.

Hamdan adalah pengasas kumpulan Ranhill dan menerajuinya sejak kumpulan itu mengambil alih status penyenaraian Symphony House Bhd pada Disember 2015.

Beliau juga menganggotai lembaga pengarah anak syarikat Ranhill dan syarikat sendirian yang lain.

Hamdan ialah benefisiari tunggal Yayasan Hamdan sebagai pemegang saham utama Ranhill, yang secara langsung memiliki keseluruhan pegangan dalam Hamdan Inc, sebuah syarikat yang diperbadankan di Labuan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×