Anak pekebun raih 9A dalam SPM 2023

Dapat 9A walaupun tanpa gajet

BASURI Sarbun dan Sanah Sirin mencium pipi Muhammad Faris selepas memperolehi keputusan cemerlang SPM 2023 di rumahnya di Kampung Parit Salleh, Benut, di Pontian. - UTUSAN/MUHAMMAD ZIKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Muhammad Faris Basuri membuktikan kesungguhan mengulangkaji bergantung kepada telefon bimbit menerusi laman YouTube dan Tik Tok membuahkan kejayaan apabila dia beroleh keputusan 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumum semalam.

Kejayaan itu sekali gus membolehkan anak kepada pekebun, Basuri Sarbun, 62, dan ibunya Sanah Sirin, 53. suri rumah ini muncul antara empat pelajar terbaik Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Tanjung, Benut.

Muhammad Faris memperolehi Cemerlang Tinggi bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Sains dan Sains Komputer, manakala Cemerlang Tertinggi bagi Pendidikan Islam, Prinsip Perakaunan dan Taswwur Islam.

Katanya, memandangkan tiada komputer atau komputer riba, dia hanya menggunakan telefon bimbit untuk mencari sebarang maklumat mengenai sesuatu mata pelajaran jika ada masalah.

“Ayah baru sihat dari penyakit yang dihidapi tiga bulan lalu hanya memperolehi pendapatan kira-kira RM600 sebulan selain elaun orang kurang upaya (OKU) sebanyak RM700 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ).

“Untuk mempunyai sebuah komputer dan komputer mungkin sukar, namun saya bertekad untuk membuktikan tanpa kemudahan gajet, saya juga boleh berjaya,” katanya ketika ditemui di rumahnya Kampung Parit Salleh, Benut, di sini.

Ditanya mengenai rahsia kejayaannya, Faris memberitahu, dia mengulang kaji pelajaran tiga jam selepas solat Maghrib hingga pukul 11 malam sebelum tidur.

“Selain itu, saya tidak ketinggalan menghadiri kelas tambahan yang diadakan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu di sekolah selain pembelajaran melalui YouTube dan Tik Tok,” ujarnya.

Sementara itu, Sanah berkata, dia hanya mampu menitiskan air mata sebaik dimaklumkan keputusan diperoleh anaknya.

“Kejayaan Muhammad Faris pasti membanggakan kerana kami bukan keluarga senang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×