Hisyam Hamid kaji watak, enggan silap lakon karakter autistik - Utusan Malaysia

Hisyam Hamid kaji watak, enggan silap lakon karakter autistik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Hisyam Hamid mengkaji secara mendalam karakter individu yang mengalami high functioning autism sebagai persediaan untuk menghidupkan watak Azizi menerusi drama  Bunga Salju.

Kata Hisyam, dia bersungguh-sungguh mendalami watak itu agar tidak silap memberi gambaran tentang pengidap autisme kategori berkenaan.

“Sebagai persediaan, saya hadir ke pejabat Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom) untuk mengkaji dan memahami karakter golongan ini.

“Saya berterima kasih kepada pihak Nasom yang mempertemukan saya dengan salah seorang pengidap high functioning autism. 

“Kami banyak berborak dan saya sempat bertanyakan pelbagai soalan dengan individu terbabit.

“Alhamdulillah, hasilnya, lakonan saya menjadi,” katanya yang turut menonton drama dan filem yang mengandungi karakter autistik sebagai sebahagian persediaan melakonkan watak berkaitan.

Hisyam dalam pada itu bersyukur atas penerimaan positif audiens yang sempat mengikuti drama tersebut di saluran Astro Ria.

“Watak ini mencabar dan terus terang, memang saya gemuruh ketika melakonkannya. Tapi alhamdulillah, setakat ini, hanya reaksi positif yang saya terima. 

“Drama ini pun baru ditayangkan. Saya tak dapat jangka reaksi penonton pada episod-episod seterusnya.

“Apa pun saya sedia terima kritikan kerana dengan cara itu saya dapat perbaiki lakonan,” kongsinya lagi.

Bunga Salju yang diarahkan Ejump Mohd. dan ditulis Akmal Firul bersama panel skrip MIG ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6 petang.

Drama tersebut turut dijayakan Amyra Rosli, Hariz Hamdan, Hasnul Rahmat, Zul Huzaimy, Syad Mutalib dan ramai lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×