RM2 billion cukai tiris, 34 anggota Kastam ditahan bersekongkol seludup arak, rokok

RM2 billion cukai tiris, 34 anggota Kastam ditahan bersekongkol seludup arak, rokok

SERAMAI 34 anggota Kastam ditahan bersekongkol sindiket seludup arak import dan rokok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejumlah RM2 bilion hasil ketirisan cukai berjaya dikesan menerusi Operasi Samba 2.0 (Op Samba) dalam siasatan kes sindiket penyeludupan pengimportan dan penjualan arak serta rokok.

Siasatan berkenaan menumpukan terhadap anggota dan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia bertugas di bahagian kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Operasi berkenaan dilaksanakan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) bermula 11 hingga 25 Mac lalu.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan, ini merupakan satu kerugian hasil negara yang amat besar dan memberi impak negatif berterusan kepada ekonomi negara sekiranya tidak dibendung.

“Dalam operasi ini, SPRM menahan 34 anggota dan pegawai dari gred 19 hingga 44 bersama 27 individu dan pemilik syarikat, dan hasil siasatan mendapati mereka bersekongkol dengan sindiket penyeludupan pengimportan dan penjualan arak serta rokok seludup.

“Berikutan penahanan individu terbabit, Bahagian AML, SPRM merampas telefon bimbit, komputer riba serta lapan kenderaan mewah milik sindiket terbabit bagi membantu siasatan,” katanya hari ini.

Sehubungan itu, SPRM membekukan sebanyak 231 akaun bank milik individu, syarikat dan ‘akaun keldai’ berjumlah kira-kira RM18 juta yang terbabit dengan kegiatan sindiket penyeludupan berkenaan.

Jelasnya, setakat ini dua pegawai kastam dituduh dan seramai 23 anggota dan pegawai kastam akan didakwa di enam Mahkamah Sesyen yang berasingan di seluruh negara sehingga 6 Jun ini.

“Kesemua mereka akan didakwa di bawah kesalahan Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×