Bawa haluan masing-masing - Hisyam Hamid bukan lagi suami Rosmawati - Utusan Malaysia

Bawa haluan masing-masing – Hisyam Hamid bukan lagi suami Rosmawati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Teka teki mengenai status perkahwinan Hisyam Hamid terjawab apabila pelakon itu mengesahkan dia dan Rosmawati Hanafi atau Mel sudah membawa haluan masing-masing.

Hisyam yang ditemui petang tadi memaklumkan hubungannya dengan wanita itu sekarang ini tidak lebih daripada artis dan pengurus, selain menjadi rakan baik.

“Buat masa ini kami selesa dengan sekadar bersahabat baik. Lebih dari itu, biar masa yang tentukan.

“Apa yang berlaku, biar berlalu. Kami tak bergaduh, cuma nak teruskan hidup dengan haluan masing-masing.

“Hal keluarga, biar kami sahaja tahu. Kami nak ke depan. Dia masih pengurus saya, masih berkomunikasi kalau ada keperluan. Jalan terbaik adalah untuk kami tidak lagi menjadi suami isteri,” katanya.

Spekulasi berhubung perceraian membabitkan pelakon ini bertiup kencang apabila dia dan Rosmawati dikatakan sudah membawa haluan masing-masing sejak setahun lalu.

Hisyam sebelum ini mengunci mulut dan enggan mendedahkan status perkahwinannya kepada umum.

Dalam masa yang sama, pelakon drama Bunga Salju itu juga memaklumkan bahawa fokus utama dia dan bekas isterinya adalah untuk membesarkan anak-anak mereka.

“Kami terpanggil untuk meleraikan spekulasi ini apabila banyak cerita yang tidak benarkan dilaporkan di media.

“Buat masa ini kami hanya mahu fokus kepada hidup masing-masing dan jalankan tanggungjawab menjaga anak-anak secara bersama.

“Tak ada perkara yang perlu diperbesarkan. Kami pun dah saling meminta maaf antara satu sama lain. Apa yang boleh saya katakan, kami okey, tak bergaduh dan sudah pun ke depan dengan hidup masing-masing,” kongsinya lagi.

Hisyam mendirikan rumah tangga dengan Mel pada 2006. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Nurish Syameliah, 16, dan Haydeen, 14.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×