Pasangan kekasih mengaku salah abai bayi lelaki

Pasangan kekasih mengaku salah abai bayi lelaki

MUHAMMAD Alhafiz Mukminin Mohd. Noor (kiri) dan Nur Aisyah Azila Zairul Akmal (dua kanan) yang mengaku salah mengabaikan bayi lelaki mereka dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Sepasang kekasih mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, hari ini, atas pertuduhan mengabaikan bayi lelaki mereka yang berusia tujuh hari, pada Sabtu lalu.

Pengakuan itu dibuat kedua-dua tertuduh, Nur Aisyah Azila Zairul Akmal, 21, dan Muhammad Alhafiz Mukminin Mohd. Noor, 24, sebaik pertuduhan dibacakan secara bersama di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh sebagai orang yang mempunyai penjagaan ke atas kanak-kanak yang berusia tujuh hari itu didapati telah mengabaikan kanak-kanak tersebut dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kesalahan itu dilakukan kedua-kedua tertuduh sekitar pukul 7 hingga 7.15 pagi di Kedai Ayam Bukit Jabur Kubur, Jalan Air Putih, Chukai di sini, Sabtu lalu dan didakwa mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dengan sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Wan Suhaila kemudiannya menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh pengurusan fakta dan jatuh hukuman dan berharap keluarga tertuduh terutamanya keluarga Nur Aisyah Azila dapat membayar jaminan berikutan tertuduh masih dalam berpantang.

Mahkamah kemudiannya membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 seorang dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syairah Mohamad Razali manakala kedua-dua tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Nurul Farhana Shamsudin.

Pada Sabtu lalu, seorang bayi lelaki seberat kira-kira 3 kilogram ditemukan ditinggalkan di atas lantai sebuah kedai menjual ayam oleh seorang pemandu lori yang mahu menghantar bekalan ayam di kedai itu kira-kira pukul 7.30 pagi selepas mendengar tangisan bayi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini