Didenda RM7,000, mengaku curi lembu

Dua lelaki didenda RM7,000 mengaku curi lembu

lembu
KEDUA-DUA tertuduh diiring keluar anggota polis selepas Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka menjatuhkan hukuman denda RM3,500 seorang kerana mencuri lembu. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Dua lelaki didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan mencuri dua ekor lembu milik seorang peniaga kedai makan.

Majistret Khairunnisak Hassni menjatuhkan hukuman itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh, Muhammad Zulikhwan Zolhaisam, 21, dan Abdul Rahman Ahmad, 57, sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh bersama-sama dengan niat telah mencuri dua ekor lembu berwarna putih jenis baka brahman di kandang lembu di Permatang Pasir Permai dalam daerah Melaka Tengah, kira-kira pukul 5.30 petang pada 10 Mei 2024.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali atau yang kemudian dikenakan penjara dan denda atau sebat, mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar mencadangkan hukuman setimpal dikenakan manakala kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu denda rendah diberikan dengan alasan tidak berkemampuan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM3,500 setiap seorang atau empat bulan penjara jika gagal bayar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×