Gelar UiTM  `Apartheid’ keceluparan wajib diajar- Akmal Salleh

Gelar UiTM  `Apartheid’ keceluparan wajib diajar- Akmal Salleh

MPP UiTM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh mendakwa penulisan  Andrew Sia yang diterbitkan MalaysiaKini sehingga menuduh Universiti Teknologi Mara (UiTM) ‘Akademi Apartheid’ adalah keceluparan yang wajib diajar.

Beliau berkata, berdasarkan ulasan rumusan penulisan tersebut UiTM digambarkan sebagai sebuah legasi sifat perkauman Melayu yang benci dan zalim kepada kaum lain. 

“Apartheid ini merupakan suatu dasar segregasi kaum yang begitu zalim yakni memuliakan kaum orang putih berbanding orang kulit hitam di Afrika Selatan. 

“Ia adalah dasar kejam yang dibenci semua orang termasuk oleh UMNO dan seluruh orang Melayu. Apabila tuduhan keji seperti ini dilemparkan kepada Institusi pendidikan kami, apakah tidak boleh hati kami terbakar?,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Akmal kecewa legasi warisan benteng terakhir bangsa Melayu dihina pada zaman kini.

“Saya jelik dengan pemikiran yang kononnya berpaksikan pada “Kebebasan Bersuara” yang semakin meracuni perpaduan kita. 

“Kami sensitif dan berhati-hati apabila wujud desakan untuk menghilangkan semangat UiTM. Bangsa Melayu adalah bangsa yang pemaaf dan terbuka tetapi jika setiap hari dihina sebegini, mengapa masih terkejut apabila kami susah menerima cadangan keterbukaan biarpun hanya sedikit. 

“Menggelar UiTM sebagai sebuah Akademi Apartheid merupakan keceluparan yang wajib diajar,” katanya.

Dalam pada itu, Akmal dengan tegas mendesak MalaysiaKini untuk menurunkan artikel ini dan menggesa Andrew Sia untuk memohon maaf dengan segera. 

“Di atas keceluparan ini juga, Pemuda Malaysia menggerakkan seluruh anggota untuk membuat laporan ke atas MalaysiaKini dan Andrew.

“Orang Melayu yang tidak terbakar jiwa membaca tuduhan Akademi Apartheid ini, tepuklah dada dan carilah di mana hilangnya jatidiri anda,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×