Revolusi pengurusan data guna AI

Revolusi pengurusan data guna AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KETERSEDIAAN perkhidmatan analitik data yang dilengkapi teknologi terkini membolehkan perkhidmatan perniagaan diuruskan dengan lebih cekap.

Baru-baru ini syarikat penyelesaian transformasi digital inovatif, Matrix Connexion (MatrixC) memperkenalkan ‘Stax’ iaitu perkhidmatan Analitik Data dan Gudang sebagai Perkhidmatan yang diperkemas kini berpandukan AI (AI-driven Data Analytics and Warehouse
as a Service) yang diperkemas.

Dibina berasaskan Google Gemini, perkhidmatan itu merevolusikan cara syarikat-syarikat bersaiz sederhana dan perniagaan korporat mengakses dan menggunakan analisis data dan AI, menjadikannya lebih berpatutan dan selamat untuk pelanggan memulakan pengurusan data mereka.

Platform itu sesuai untuk syarikat bersaiz sederhana hingga besar dan boleh diubahsuai mengikut keperluan semasa serta dengan mudah diperluas apabila keperluan pengguna bertambah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sean Tay berkata, perkhidmatan itu direka untuk syarikat yang ingin meningkatkan usaha dalam membuat keputusan strategik melalui pengurusan data yang cekap.

Pengurusan data yang kurang rumit membolehkan syarikat memberi lebih tumpuan kepada aktiviti utama pertumbuhan dan\ mengurangkan pengendalian teknikal data.

“Salah satu kelebihan utama perkhidmatan dijana AI ialah keupayaannya memperkemas dan mempercepatkan pemprosesan data.

“Syarikat boleh menjangkakan lebih penjimatan masa dengan fungsi analisis data automati yang membawa kepada cerapan yang lebih pantas dan kecekapan operasi yang lebih baik,” katanya.

Kerjasama berterusan dengan Google Cloud, penting untuk menawarkan perkhidmatan yang menggabungkan teknologi tercanggih AI di samping menyediakan penyelesaian data selamat, komprehensif dan mudah diakses.

Ia turut memastikan pelanggan menerima penyelesaian teknologi terkini, maju dan selamat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×