Perhimpunan mega GSOM di Kelantan penuh ilmu, pengalaman berharga

Perhimpunan mega GSOM di Kelantan penuh ilmu, pengalaman berharga

SEBAHAGIAN ahli kelab GSOM yang menyertai perhimpunan mega di Bachok, Kelantan, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kelab permotoran motosikal kembara, BMW GS Owners Malaysia (GSOM) menganjurkan konvoi dari Lembah Klang ke Sudara Resort, Bachok, Kelantan, baru-baru ini.

Perhimpunan mega kali kelapan ini mengumpulkan kira-kira 394 peserta melibatkan lebih 240 buah motosikal.

Wakil jawatankuasa GSOM, Syahrul Sa’ad berkata, program diadakan di Pantai Timur bertujuan meraikan ahli-ahli dari Kelantan, Terengganu dan Pahang yang sentiasa menyokong aktiviti kelab.

Program kali ini turut memberi pendedahan kepada peserta mengenai keselamatan dan tunggangan secara selamat disampaikan oleh bekas pelumba motosikal profesional, Wazi Abdul Hamid.

Turut ditampilkan peserta Malaysia GS Trophy 2018 Mongolia, Mohd. Apis Sagimin yang berkongsi ilmu tentang pengendalian motosikal secara cekap dan selamat.

Selain itu, terdapat juga program latihan bagi mengendalikan motosikal secara off road oleh penunggang profesional, Muhairi Muhammad dan Ku Firdaus Mohd. Nor selain perkongsian pengembara bermotosikal dari Jerman, Claudia Wodarz yang berkongsi pengalaman mengelilingi dunia secara solo.

Program berkenaan bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli malah memberi ilmu dan pengalaman berguna mengenai keselamatan dan kemahiran dalam aktiviti pemotoran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×