Korea Selatan pasang impian 'ajar' Malaysia

Korea Selatan pasang impian ‘ajar’ Malaysia

SISTEM permainan 15 mata dalam sepak takraw akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Teknikal Istaf selepas mendapat banyak rungutan. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Korea Selatan bercita-cita besar untuk ‘ajar’ Malaysia bermain sepak takraw dalam pertembungan di peringkat suku akhir acara double Piala Dunia Sepak Takraw 2024, esok.

Skuad Taeguk Warrior yang muncul naib juara Kumpulan D akan bertemu juara Kumpulan A yang dijangka menjadi milik Malaysia sekiranya menewaskan Brunei dalam aksi kedua malam ini.

Menurut pemain Korea Selatan, Shin Heen Seop, beliau percaya pasukan tuan rumah akan meraih kemenangan ke atas Brunei malam ini dan seterusnya akan berjumpa Korea Selatan di suku akhir.

Heen Seop berkata, mereka mempunyai keyakinan tinggi untuk menumpaskan Malaysia selepas mempamerkan aksi terbaik di peringkat Kumpulan D dan pasukannya juga telah belajar sesuatu ketika tumpas kepada Thailand

“Biarpun kalah kepada Thailand (10-15, 6-15) dalam perlawanan pertama, kami bangkit mempamerkan aksi memukau untuk mengalahkan Singapura (15-12, 15-10) hari ini, itu momentum cukup baik untuk kami.

“Keyakinan kami untuk tewaskan Malaysia cukup tinggi, kami bermain secara berpasukan dan mempunyai semangat juang yang tinggi. Malaysia juga tertekan kerana turun selaku tuan rumah.

“Selepas tewaskan Malaysia di suku akhir (jika menang), kami akan berdepan Myanmar di separuh akhir dan mengulangi aksi peringkat kumpulan berdepan Thailand di Final dan kami akan cuba balas dendam untuk menang,” kata Heen Seop.

Skuad double Malaysia akan berdepan Brunei yang dibimbing bekas jurulatih negara, Abdul Talib Ahmad pada pukul 9.30 malam ini dalam perlawanan kedua Kumpulan A.

Berdasarkan prestasi semasa, gandingan Aidil Aiman Zawawi dan Noraizat Nordin dijangka tidak berdepan masalah untuk membenam Brunei dan muncul juara Kumpulan A selepas menang perlawanan pertama ke atas Jepun semalam.

Perlawanan suku akhir antara juara Kumpulan A dan naib juara Kumpulan D dijadulakan berlangsung pada pukul 10.30 pagi esok di Stadium Titiwangsa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×