Empat individu masak mi segera di stesen minyak dituduh esok

Empat individu masak mi segera di stesen minyak dituduh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat daripada 15 individu yang ditahan untuk siasatan berkait kegiatan memasak mi segera di sebuah stesen minyak di Genting Highlands baru-baru ini, akan dituduh di mahkamah, esok.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, proses pertuduhan ke atas mereka akan dijalankan di Mahkamah Bentong, Pahang, pada pukul 9 pagi.

“Mereka akan dituduh mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan (perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selebih 11 lagi individu dibebaskan dan dijadikan saksi dalam kes ini,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengesahkan tiada dalam kalangan 15 orang yang ditahan berkait kes itu anak orang kenamaan atau VIP.

Ini selepas tular di media sosial berkenaan penahanan 15 orang individu termasuk dua daripadanya yang didakwa sebagai anak kepada Timbalan Menteri.

“Kesemua 15 yang ditahan tiada anak Timbalan Menteri atau VIP,” jelasnya.

Terdahulu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman mengesahkan 15 orang termasuk lima wanita berusia 23 hingga 28 tahun untuk membantu siasatan kes itu.

Katanya, mereka ditahan Sabtu lalu ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong, Pahang untuk dirakam percakapan.

Bagaimanapun, Yahaya berkata, kesemuanya sudah pun dibebaskan dengan jaminan selepas polis selesai merakam percakapan mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini