11,396 kilogram daging khinzir sejuk beku dirampas

11,396 kilogram daging khinzir sejuk beku dirampas

SEBHAGIAN daging khinzir beku yang dirampas dalam serbuan di Chabang Empat Tok Mek Ngah, Tumpat, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 11,396 kilogram (kg) daging khinzir sejuk beku selepas menahan dua buah lori di Kampung Teluk Cabang Empat di sini, 5 Mei lalu.

Dalam serbuan pukul 5.40 pagi itu, JKDM Kelantan turut menahan dua pemandu lori tersebut bagi membantu siasatan berkait dengan rampasan tersebut

Pengarahnya Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, kejayaan itu adalah hasil Operasi Palang Timur yang dijalankan Pasukan Operasi Bahagian Penguatkuasaan Kota Bharu, JKDM Kelantan 

“Cubaan menyeludup daging khinzir sejuk beku dari negara jiran ini dilakukan di Pengkalan Haram sekitar Pengkalan Kubur sebelum rampasan dan tangkapan dilakukan di Kampung Teluk Cabang Empat, Tumpat.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan telah menjumpai 11,396 kg daging khinzir sejuk beku dengan anggaran nilai RM227,920 dan anggaran cukai sebanyak RM91,168,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, modus operandi penyeludup adalah membawa masuk daging khinzir sejuk beku tersebut menggunakan bot atau sampan, kemudian dimuat ke dalam kontena untuk pasaran di Pantai Barat Semenanjung.

“Daging khinzir sejuk beku ini diklasifikasi barang larangan import yang tertakluk di bawah Butiran 1, Jadual Ketiga / Bahagian I Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 135(I)(iii) Akta Kastam 1967,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×