KPN arah tingkat kawalan di istana, semua balai

Balai polis diserang: KPN arah tingkat kawalan di istana, semua balai

RAZARUDIN Husain melihat senjata yang digunakan oleh suspek menembak anggota polis dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengarahkan semua pegawai dan anggota polis memperketatkan kawalan di semua balai polis di seluruh negara susulan insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram, awal pagi tadi.

Lebih menyayat hati, serangan awal pagi oleh ahli  Kumpulan Jemaah Islamiah (JI) itu mengakibatkan dua anggota mati dan seorang cedera.

Beliau turut mengarahkan pasukan polis melakukan kawalan ketat ke atas kawasan melibatkan individu berprofil tinggi termasuk kawasan istana.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pesanan saya kepada semua anggota polis (seluruh negara) agar sentiasa bersiap siaga susulan kejadian ini.

“Anggota polis di lapangan ini memang ada kemahiran kerana mereka sentiasa ada latihan menembak dan latihan mempertahankan diri untuk menghadapi sebarang persediaan termasuk anggota Unit Kereta Peronda (MPV) dan URV termasuk serangan penjenayah,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Susulan serangan itu, beliau turut mengarahkan pasukan risikan mengenal pasti 20 ahli kumpulan JI yang berada di Johor.

Setakat ini pihak polis menahan seramai tujuh individu termasuk lima ahli keluarga suspek berusia 21 tahun yang melakukan serangan berkenaan.

Dua lagi yang ditahan adalah penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini