2,642 kompaun denggi, nilai RM1.3 juta dikeluar KKM

2,642 kompaun denggi, nilai RM1.3 juta dikeluar KKM

PETUGAS kesihatan melakukan semburan bagi mencegah denggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan sebanyak 2,642 kompuan bernilai kira-kira RM1.3 juta bagi tujuan pencegahan dan kawalan penyakit denggi sepanjang bulan lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, purata kompaun bernilai RM500 itu dikeluarkan melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 bagi tujuan pencegahan dan kawalan penyakit denggi.

Katanya, sejumlah 437 kes didaftar untuk tindakan mahkamah dan sebanyak 64 kes disabitkan kesalahan di mahkamah dengan jumlah denda sekitar RM140,700.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pula, daripada 17,719 premis dilawati, sejumlah 7,195 notis kesalahan dikeluarkan.

“Sejumlah 4,133 kompaun dikeluarkan dengan nilai melebihi RM1 juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad Radzi berkata, melalui tindakan penguatkuasaan Akta Makanan 1983 pula, sebanyak 6,818 premis makanan diperiksa.

Katanya, jumlah premis makanan yang diberi perintah penutupan sementara di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 adalah 154 premis iaitu 2.25 peratus daripada keseluruhan premis makanan diperiksa.

“Tindakan penutupan sementara premis makanan yang dikuatkuasakan oleh KKM juga
sebagai suatu langkah menjamin kebersihan premis serta makanan yang dihidangkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini