Pulang ke tanah air jika tiada visa haji sah - Mohd. Na'im

Pulang ke tanah air jika tiada visa haji sah – Mohd. Na’im

MOHD. NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mana-mana pihak yang berada di Tanah Suci dinasihatkan untuk pulang ke tanah air sekiranya tidak mempunyai visa haji yang sah.

Peringatan itu diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Naim merujuk kepada laporan media yang menyatakan terdapat rakyat Malaysia terkandas di Mekah dan Madinah akibat terpedaya dengan pakej haji menggunakan visa pelancong.

Beliau namun mengesahkan, setakat ini, tiada laporan rasmi lagi diterima oleh Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) berhubung perkara itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehubungan itu, para jemaah haji yang rasa terpedaya dengan janji untuk menunaikan haji, perlu membuat aduan kepada Tabung Haji, Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Arab Saudi atau Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk siasatan lebih lanjut.

“Lembaga Tabung Haji sentiasa memberi peringatan saban tahun kepada umat Islam negara ini supaya lebih berhati-hati dengan sebarang tawaran pakej murah yang ditawarkan segelintir agensi pelancongan yang tidak dilesenkan oleh Tabung Haji,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Mohd. Na’im mengingatkan juga kepada mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa kelulusan daripada Tabung Haji adalah menjadi satu kesalahan.

Tegasnya, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

Terdahulu, media melaporkan, ribuan rakyat Malaysia dikatakan sudah berada di Madinah dan Mekah ketika ini selepas diperdaya dan dijanjikan pihak agensi tidak bertanggungjawab yang dikatakan menyediakan Visa Haji Mujamalah (visa haji dikeluarkan Arab Saudi) untuk menunaikan ibadah haji, tahun ini.

Bukan setakat 300 jemaah haji yang terbabit seperti dilaporkan sebelum ini, malah ribuan jemaah sudah diperdaya agensi terbabit yang menawarkan pakej haji murah bermula RM45,000 hingga RM60,000 bagi setiap individu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini