Jambatan Dakrong hubungi Vietnam, Laos dan Thailand berisiko

Jambatan Dakrong hubungi Vietnam, Laos dan Thailand berisiko runtuh

Kenderaan dikehendaki melalui Jambatan Dakrong di Wilayah Quang Tri, utara-tengah Vietnam pada kelajuan maksimum lima kilometer sejam dan mengekalkan jarak minimum 175 meter antara satu sama lain.- TUOITRE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

QUANG TRI: Jambatan Dakrong di Wilayah Quang Tri, utara-tengah Vietnam yang menghubungkan Lebuhraya Nasional 9 Vietnam dengan Laos dan Thailand, berisiko tinggi untuk runtuh.

Lapor media Vietnam, Tuoitrenews, kenderaan dikehendaki melalui jambatan itu pada kelajuan maksimum lima kilometer sejam dan mengekalkan jarak minimum 175 meter antara satu sama lain.

Pengendali jambatan itu, Kawasan Pengurusan Jalan II berkata bahawa pihaknya menghantar pegawai ke jambatan itu untuk mengawal lalu lintas sepanjang masa.

Papan tanda amaran dipasang di kedua-dua belah jambatan.

Menurut pengurus jambatan itu pula, jambatan itu rosak dan berada di ambang runtuh.

Banyak rekahan selebar 0.1 hingga 0.2 milimeter muncul di permukaan rentang keempat jambatan itu.

Setiap kali trak melintasi jambatan, kedengaran bunyi getaran yang kuat mengakibatkan paip pelindung yang mengelilingi sambungan kabel itu pecah.

Menurut Kawasan Pengurusan Jalan II, keadaan akan bertambah buruk dengan cepat.

Pihak berkuasa tempatan menjelaskan bahawa jumlah trafik di jambatan itu meningkat.

Menurut Jabatan Pengangkutan Quang Tri, sejak Ogos sehingga Disember tahun lalu, lebih 12,650 kenderaan melalui Pintu Sempadan Antarabangsa La Lay untuk menyeberangi Jambatan Dakrong dengan kebanyakannya melebihi had beratnya.

Lembaga Keselamatan Trafik wilayah dan polis ditugaskan untuk memeriksa kenderaan yang ingin melalui jambatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×