i-Care Marketing, Guardian perkenalkan koleksi penjagaan rambut premium Jepun - Utusan Malaysia

i-Care Marketing, Guardian perkenalkan koleksi penjagaan rambut premium Jepun

BRIAN Tu (empat dari kanan) memperkenalkan koleksi rangkaian rawatan dan penjagaan rambut premium Jepun dengan kerjasama Guardian Malaysia di Sunwar Pyramid, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: I-Care Marketing dengan kerjasama Guardian Malaysia memperkenalkan koleksi rangkaian rawatan dan penjagaan rambut premium dari Jepun.

Kerjasama itu memperkenalkan pilihan rangkaian penjagaan rambut Jepun iaitu Ahalo Butter, Ahalo Honey, Fun Azum dan Theratis oleh Mixim ke pasaran Malaysia yang menjanjikan pengalaman transformatif untuk penggemar penjagaan rambut di seluruh negara.

Pengarah i-Care Marketing Sdn. Bhd., Brian Tu berkata, pengguna Malaysia semakin arif dalam mencari produk yang bukan sahaja memberikan hasil tetapi juga sejajar dengan nilai keaslian dan kualiti.

“Menerusi koleksi ini, kami berhasrat untuk memenuhi permintaan dengan menawarkan pelbagai rawatan yang diperkaya dengan bahan organik dan berasaskan tumbuhan yang disesuaikan untuk membaiki dan menghidupkan semula rambut yang paling bermasalah.

“Diperkaya dengan formula pembaikan organik seperti Ahalo Butter yang mampu menghidupkan semula rambut, memulihkan kilauan dan daya hidup semula jadi dan Ahola Honey pula dapat memberikan penyelesaian penghidratan yang komprehensif untuk memerangi kekeringan, kusut dan masalah kerinting.

“Fun Azum pula menjanjikan rambut berkilau dengan kualiti salun dengan setiap penggunaan manakala Theratis oleh Mixim menampilkan syampu yang menawarkan penyelesaian penjagaan malam holistik untuk memerangi masalah rambut kusut pagi khusus kepada wanita moden,” katanya.

Tambahnya, sebagai pengedar tunggal rangkaian penjagaan rambut ini, pihaknya komited untuk menyediakan pengguna Malaysia akses kepada produk premium yang terkenal dengan ramuan berkualiti serta keberkesanan yang terbukti.

Dalam pada itu, Ketua Penjagaan Peribadi Guardian Malaysia, Jessica Barnabas berkata, kerjasama itu mengetengahkan penjajaran nilai dan komitmen guardian untuk menyampaikan kecemerlangan dalam penyelesaian penjagaan rambut.

“Guardian teruja untuk bekerjasama dengan i-Care Marketing untuk membawa rangkaian penjagaan rambut untuk semua masalah rambut kepada semua rakyat Malaysia.

“Rangkaian ini akan tersedia di 450 cawangan Guardian di seluruh negara,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×