Petani Bendang Tok Ajam seronok hasil padi cecah lapan tan

Petani Bendang Tok Ajam seronok hasil padi lapan tan

MUHAMMAD Husin (tiga dari kiri) bersama petani menyaksikan hasil padi di Bendang Tok Ajam, Jelor, Pasir Puteh, Kelantan semalam. – UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Petani yang mengusahakan tanaman padi menerusi konsep Smart Berskala Besar (SBB) ala Sekinchan di Bendang Tok Ajam di sini meluahkan rasa seronok apabila hasil pengeluaran mencecah lapan tan sehektar.

Ismail Dollah, 53, berkata, menerusi kaedah sedia ada sebelum ini dia hanya memperoleh hasil sekitar tiga tan sahaja untuk keluasan yang sama.

“Kaedah ini membantu kami meraih hasil yang luar biasa sekali gus memperoleh pendapatan lumayan berbanding sebelumnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Secara tidak langsung, kami membantu kerajaan memastikan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi untuk menampung keperluan penduduk,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penuaian Padi SBB ala Sekinchan di bendang Tok Ajam di sini semalam.

Ismail memberitahu, pertambahan hasil itu membakar lagi semangatnya untuk mengusahakan tanaman padi menggunakan konsep SBB ala Sekinchan.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Muhammad Husin berkata, projek rintis di kawasan seluas 68 hektar itu menunjukkan hasil positif apabila meningkat sekali ganda.

“Purata hasil padi yang diperoleh adalah 6.47 metrik tan untuk keluasan sehektar berbanding sebelum ini hanya tiga tan.

“KADA bercadang meluaskan projek ini membabitkan pertambahan 80 hektar lagi bendang yang pada musim hadapan, menjelang Jun depan,” ujarnya.

Muhammad Husin memberitahu, kesemua 35 petani itu mengusahakan tanaman padi varieti MR297 dan CL220.

“KADA akan terus berusaha merealisasikan kawasan operasinya sebagai baloh padi negara yang menyumbang produktiviti bekalan beras negara dalam konteks kerterjaminan makanan.

“Kita berharap musim pertama 2024 pada Jun nanti akan dibantu dengan taburan hujan yang mencukupi serta penggunaan pam air,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini