Tetamu rumah terbuka disaman, Muafakat Nasional minta

Tetamu rumah terbuka disaman, Muafakat Nasional minta penjelasan MPHTJ

NOTIS saman parkir yang dikatakan dikeluarkan MPHTJ kepada tetamu Majlis Aidilfitri MN yang berlangsung di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Muafakat Nasional (MN) meminta penjelasan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) yang didakwa mengeluarkan saman parkir kepada tetamu Majlis Aidilfitri MN yang berlangsung di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh di sini, semalam.

Pengerusi MN Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku memandangkan lokasi penganjuran dibuat di rumah persendirian, malah pada hari cuti.

Ujarnya, lebih menyedihkan apabila terdapat tetamu yang disaman sehingga RM100 atas kesalahan meletak kenderaan atau menunggu di mana-mana jalan, selain tempat letak kereta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami ingin menyatakan kekesalan ke atas tindakan MPHTJ yang menghantar pengawai-pengawainya untuk menyaman kenderaan yang parkir sekitar lokasi majlis hari raya.

“Majlis ini dibuat di rumah persendirian, malah di kawasan taman serta pada hari Ahad iaitu hari cuti. Ada yang disaman nilainya mencecah RM100 walaupun pada kebiasaan saman parkir adalah bernilai RM30,” katanya.

Majlis Aidilfitri MN telah dihadiri kira-kira 1,200 tetamu termasuk Presidennya, Tan Sri Annuar Musa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×