Inisiatif kod QR sedang diuji, elak sesak di pintu masuk negara

Inisiatif kod QR sedang diuji, elak sesak di pintu masuk negara

RUSLIN JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kini sedang dalam pelaksanaan ujian penggunaan sistem kod QR untuk melancarkan proses pergerakan di pintu masuk dan keluar negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, perincian berhubung pelaksanaan itu akan diumumkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam masa terdekat termasuk berkemungkinan diperluaskan di pintu masuk laluan udara.

Katanya, langkah itu sebagai jalan penyelesaian kerajaan bagi mempermudah serta mempercepat pergerakan di pintu masuk negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini antara komitmen Imigresen dan KDN untuk menangani kesesakan di pintu masuk utama negara bukan sahaja di Johor Bahru, malah di pintu masuk lain termasuk udara.

“Sekarang ini kita tengah buat ujian (pelaksanaan kod QR), manakala pengumuman mengenai perkara ini akan dibuat oleh KDN kerana perkara ini masih belum dilaksanakan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri Johor memaklumkan,Malaysia bakal melaksanakan penggunaan sistem kod QR untuk pemeriksaan JIM di pintu sempadan antarabangsa negeri ini bagi mengurangkan kesesakan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).

Ruslin berkata, pelaksanaan inisiatif itu akan diselarikan dengan aspek keselamatan yang dikesan menerusi rekod individu yang keluar dan masuk negara.

“Aspek keselamatan ini termasuk daftar keluar masuk kita kena pegang, rekod kita kena ada, mereka yang ada senarai disyaki, senarai hitam dan sebagainya, kita ada rekod (semua itu),” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini