Fiqafoodie berhasrat miliki kedai sendiri

Fiqafoodie berhasrat miliki kedai sendiri

SHAFIQA Ramli menunjukkan truflle yang dihasilkan oleh Fiqafoodie.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tidak dapat disangka coklat truffle ala jenama coklat premium Royce yang tular pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  berjaya menyumbang pendapatan yang lumayan bagi bekas pekerja bank.

Pemilik kepada perniagaan Fiqafoodie Syafiqa Ramli, 30, berkata, hasil daripada usaha jualan biskut dan truffle yang dijalankan olehnya, beliau berhasrat untuk memperolehi sijil halal bagi mempunyai sebuah kedai dalam dua tiga tahun akan datang.

Beliau memulakan perniagaan dengan membuat kek batik dan truffle coklat olahan resepi sendiri sahaja yang bertujuan bagi mendapat pendapatan.

Sebelum itu, selepas berhenti pekerja sebagai pekerja bank, Syafiqa pernah menjadi ejen penjual insuran sementara, malah pernah cuba untuk berniaga pakaian namun tidak mendapat sambutan.

Kata beliau, untuk mendapatkan pekerjaan baharu bagi menyara kehidupan amatlah sukar, tambahan pada ketika itu berlaku pandemik Covid19.

Justeru, suami beliau memberi cadangan dan sokongan kepadanya apabila melihat isterinya itu  mempunyai kelebihan dalam masakan dan gemar membuat manisan kesukaan orang ramai terkini.

“Oleh itu, saya mulakan perniagaan dengan menjual benda yang saya suka buat, iaitu minat kepada pembuatan biskut dan manisan,” kepada Utusan Malaysia.

Pada permulaan perniagaan pada tahun 2022,  beliau menjalankan perniagaan secara jualan atas talian, dengan memperkenalkan produk jualannya menerusi Instagram.

“Saya cuba untuk berkreativiti dengan memuat naik video di reel Instagram, bagi menarik ramai pelanggan baharu.

“Namun tidak dapat disangka, video tersebut menjadi tular dan pelanggan dari negeri seberang, Sabah dan Sarawak juga turut membuat tempahan dari kami,” katanya.

Kini, produk Syafiqa mula dikenali ramai, malah di Instagram niaganya @fiqafoodiee mempunyai 29.3 ribu pengikut.

Sehubungan itu, perniagaan yang hanya bermula dari rumah itu, Syafiqa mula mengolah resepi baharu selain daripada dua produk pertamanya. 

Antaranya ialah trufflematcha , truffle coklat hitam, truffle coklat susu, truffle biscoff dan truffle bandung.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×