Tiba masanya Muhyiddin, Hadi berundur - Zaid Ibrahim - Utusan Malaysia

Tiba masanya Muhyiddin, Hadi berundur – Zaid Ibrahim

MOHD. ZAID IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemimpin yang sudah tua dan tiada apa yang boleh ditawarkan menjadi punca kekalahan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu semalam.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Mohd. Zaid Ibrahim berkata, PH menang besar kerana PN tiada apa-apa untuk ditawarkan serta pemimpinnya sudah tua dari segi umur dan dari segi idea.

“Muhyiddin (Presiden Bersatu) sentiasa bercakap tentang pencapaian besarnya sebagai pemimpin negara, tetapi itu adalah masa lalu. Apa yang dia tawarkan untuk masa depan? tiada apa. Sudah tiba masanya dia berundur.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bersatu tidak cukup fokus untuk menunjukkan ia adalah parti masa depan. Mereka tidak menawarkan apa-apa yang baru kecuali membawa kerjasama pakatan politik dalam bentuk Gerakan yang tidak bermaya dan parti baharu India.

“Hadi (Presiden PAS) hanya bercakap tentang ketakutan terhadap DAP tentang apa yang berlaku kepada orang Melayu di Singapura. Taktik menakutkan tidak lagi berfungsi. Sudah tiba masanya dia berundu,” katanya dalam satu hantaran di X (Twitter).

Terdahulu, calon PN Khairul Azhari Saut tewas kepada calon PH Pang Sock Tao dengan majoriti 3,869 undi.

Pang memperolehi 14,000 undi manakala Khairul Azhari Saut mendapat 10,131 undi.

Selain itu, Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas) masing-masing memperoleh 152 dan 188 undi.

Mengulas lanjut Zaid Ibrahim berkata, sudah tiba masanya ulamak berundur dengan memberi peluang yang lebih muda untuk menghidupkan parti.

“Tawarkan sesuatu yang baru kepada orang ramai. Model ekonomi Islam lebih sesuai untuk membantu golongan miskin di negara kita.

“PAS di bawah ulamak gagal memanfaatkan Islam sebagai pemangkin sosial dan ekonomi. Pas belum mampu menawarkan pelan induk ekonomi yang boleh meraih undi.

“Mereka harus berhenti bersikap seperti gerakan ikutan (cult) dengan mesej basi. Sebaliknya, mereka perlu menjadi parti politik dinamik yang memahami kehendak pengundi,” katanya.

Tambahnya, PAS dan Bersatu perlu mula menukar pemimpin mereka dengan mengadakan perbincangan yang luar biasa.

“Bawalah barisan pemimpin politik sebenar yang boleh memberi tentangan kepada Anwar Ibrahim. Jika tidak, Anwar akan menjadi pemimpin tertinggi untuk masa yang lama secara automatik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×