Vanessa Williams hasilkan lagu baru selepas 15 tahun - Utusan Malaysia

Vanessa Williams hasilkan lagu baru selepas 15 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Penyanyi lagu Colors of The Wind, Vanessa Williams kembali mengubat rindu peminat menerusi sebuah lagu baharu berjudul Legs (Keep Dancing).

Lagu itu diterbitkan selepas kali terakhir penyanyi itu masuk ke studio rakaman sekitar 15 tahun lalu.

Kata Vanessa atau nama sebenarnya, Vanessa Lyn Williams, tanpa usaha sendiri, lagu tersebut mungkin tidak direalisasikan.

“I5 tahun adalah tempoh yang cukup panjang, lama juga saya menunggu tawaran rakam lagu.

“Tiba masa saya berhenti menunggu dan mula usahakan semuanya sendiri,” katanya kepada Entertainment Tonight.

Legs (Keep Dancing) diterbitkan sekitar hujung bulan lalu merupakan antara lagu yang bakal dimuatkan dalam album terbarunya nanti.

Williams berkata single tersebut tidak mungkin berjaya dihasilkan tanpa kerja keras sekumpulan individu yang membantu dibelakangnya.

“Saya beruntung kerana mempunyai sekumpulan tenaga kerja hebat yang bekerja keras menghasilkan lagu ini.

“Ia tentang melakukannya sendiri, bukan menunggu pihak lain memberi kebenaran,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×