Lapan sekolah di Perak terima sumbangan peralatan sukan TNB - Utusan Malaysia

Lapan sekolah di Perak terima sumbangan peralatan sukan TNB

MURID yang menerima sumbangan peralatan sukan daripada TNB di SK Sri Kinta, Ipoh semalam. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH : Lapan sekolah rendah di negeri ini menerima sumbangan bantuan peralatan sukan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kinta, Ipoh; SK St Anthony, Langkap; SK Selama, SK Sultan Idris Shah II, Kuala Kangsar; SK Bukit Balai, Lenggong; SK Sungai Batu, Pantai Remis dan SK Trolak Utara, Felda Trolak Utara

Setiap sekolah menerima peralatan permainan hoki berupa kayu hoki, bola dan pakaian asas penjaga gol bernilai RM5, 000.

Penyerahan barangan dilakukan oleh Pengurus Besar TNB negeri, Datuk Sharuddin Mohd Simin kepada guru besar sekolah yang hadir.

Turut hadir Pengurus Kanan (Unit Pengurusan Sukan) Perhubungan Korporat (TNB Global Business Solutions), Nor Saiful Zaini Nasiruddin dan Presiden Persatuan Hoki Perak (PHP), Datuk Mohd. Sayuti Abdul Samad.

Nor Saiful berkata, sumbangan itu sebagai memenuhi tanggungjawab sosial TNB untuk pembangunan sukan hoki negara.

“Pemilihan sekolah yang menerima bantuan ini berdasarkan permohonan dan penglibatan dalam sukan hoki.

“Selain bantuan peralatan, TNB juga melaksanakan program sekolah angkat di bawah program pembangunan hoki TNB Thunderbolt,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×