Pukul 4 petang baru 55.79% keluar mengundi

Pukul 4 petang baru 55.79% keluar mengundi

Bendera-bendera parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu mula dipasang bagi menghangatkan lagi suasana kempen semasa tinjauan di Kuala Kubu Bharu. UTUSAN/ M Firdaus M Johari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Kira-kira  lima peratus sahaja pengundi yang dilaporkan keluar mengundi dalam tempoh sejam iaitu daripada pukul 3 hingga 4 petang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Setakat pukul 4 petang, peratusan keluar mengundi hanya mencapai 55.79 peratus berbanding pada 3 petang tadi pada 50.87 peratus di kesemua 18 pusat pengundian menerusi 74 saluran.

Kesemua pusat mengundi mula dibuka bagi membolehkan pengundi di Kuala Kubu Baharu menjalankan tanggungjawab mereka sejak pukul 8 pagi tadi dan kesemua peti undi dijadualkan ditutup pada pukul 6 petang.

Kecuali di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Bukit Fraser (Tapak Lama) di bawah Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pertak yang dibuka selama 6 jam sehingga pukul 2 petang.

PRK Kuala Kubu Baharu melibatkan pertembungan empat penjuru iaitu dua parti gergasi, Pakatan Harapan (PH) yang menampilkan Pang Sock Tao dan Perikatan Nasional (PN) pula mempertaruhkan Khairul Azhari Saut.

Dua lagi dalam saingan tersebut adalah Hafizah Zainudin daripada Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan calon bebas, Nyau Ke Xin.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak semalam menyeru pengundi membuat persediaan awal sebelum keluar mengundi dengan menentukan dokumen yang perlu dibawa iaitu MyKad selain membuat semakan di MySPRSemak terlebih dahulu sebelum menuju pusat mengundi.

Sebanyak 97 peratus atau 769 daripada 863 pengundi awal yang terdiri dalam kalangan pasukan polis dan tentera melaksanakan tanggungjawab mereka dalam PRK Kuala Kubu Baharu, 7 Mei lalu.

Dua pusat pengundian awal iaitu Dewan Serbaguna Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Rejimen Semboyan Divisyen Keempat Infantri Kem Erskine dibuka bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang itu menerima kira-kira 746 pengundi awal berdaftar.

SPR dalam kenyataannya ketika itu berkata, daripada jumlah tersebut 94 lagi adalah pengundi pos. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×