Penutupan bekalan air sementara di Rantau, Seremban pada 14 hingga 15 Mei - Utusan Malaysia

Penutupan bekalan air sementara di Rantau, Seremban pada 14 hingga 15 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebahagian kawasan di Rantau di sini serta sebahagian Port Dickson akan mengalami penutupan bekalan air sementara pada 14 hingga 15 Mei ini.

Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains) menerusi kenyataan memaklumkan, penutupan bekalan air bermula pukul 8 pagi (14 Mei) hingga 8 pagi (15 Mei) itu ekoran kerja-kerja pengalihan paip air bersaiz 450 milimeter di Persimpangan Utama Bandar Ekar, Rantau di sini.

Menurutnya, di Seremban, kawasan terlibat adalah Jln. Ribu Rantau, Industri Nilam, Klinik Kesihatan Rantau, Taman Bandar Ekar, Pekan Rantau dan taman-taman sekitar.

Kampung Pening, Kampung Kanchong, Taman Cempaka Siliau, Jalan Siliau-Air Kuning, Jln. Siliau-Persimpangan Lukut, Kg. Sega Hilir, Kampung. Siliau, Taman PPR Rantau Siliau, Tmn. PPR Rantau, Taman Bunga Sejati, Taman. PPR Siliau dan Kilang GMP.

Di kawasan Port Dickson pula, kawasan terlibat adalah Kampung Takau, Taman Air Kuning, Taman Mewah, Kampung Air Kuning, Taman Desa PD, Kampung Barisan, Ayamas Integrated Industry Sdn Bhd, Jaya Rantau Farm, Ladang Sime Darby Tampin Linggi dan Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil Ladang Tampin Linggi.

“Bekalan air akan disambungkan semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat. Bagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami tempoh pemulihan bekalan air yang lebih lama.

“Penghantaran lori tangki dan penempatan tangki statik sebagai langkah kontigensi akan dilaksanakan sekiranya gangguan melebihi 24 jam selepas tempoh penutupan,”kata kenyataan itu.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×