Perkhidmatan monorel pokok tumbang kembali beroperasi

Perkhidmatan monorel pokok tumbang kembali beroperasi

LALUAN Monorel Hang Tuah-Medan Tuanku tergendala akibat pokok tumbang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perkhidmatan laluan monorel yang ditutup sementara susulan kejadian pokok tumbang semalam kembali beroperasi sepenuhnya bermula pukul 5 petang ini.

Rapid Rail Sdn. Bhd, (Rapid Rail) memaklumkan, kerja-kerja pembersihan dan baik pulih yang dijalankan oleh pihaknya dan pihak berkuasa tempatan diselesaikan pada pukul 5.55 pagi ini.

Katanya, pihak operasi dan jurutera struktur juga selesai menjalankan beberapa pemeriksaan menyeluruh dan terperinci mengikut piawaian keselamatan ditetapkan bagi memastikan struktur landasan stabil dan selamat untuk beroperasi.

“Serentak dengan pengoperasian penuh semula laluan monorel, perkhidmatan tren alternatif dan bas perantara akan ditamatkan.

“Kekerapan tren kembali normal yang mana waktu puncak adalah setiap tujuh minit dan waktu luar puncak setiap 10 minit,” katanya dalam kenyataan.

Dalam kenyataan sama, Rapid Rail mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan perkhidmatan laluan monorel kembali normal.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan kesabaran semua pengguna perkhidmatan laluan monorel,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×