Simbah asid: Polis cari Muhammad Imran Suresh - Utusan Malaysia

Simbah asid: Polis cari Muhammad Imran Suresh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pemilik media sosial dikenali Muhammad Imran Suresh sedang dikenal pasti Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kenyataan dikeluarkanya mengenai kejadian simbah asid tonggak skuad Harimau Malaya, Faisal Halim.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, individu berkenaan mempunyai maklumat berkaitan kejadian yang menimpa Faisal.

“Jadi, kita mahu kesan dia untuk melihat maklumat apa yang dia ada boleh membantu siasatan.

“Mana-mana individu yang mempunyai apa-apa maklumat berkaitan boleh tampil bukan mengeluarkan kenyataan di laman sosial sehingga boleh menjejaskan siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, siasatan masih dijalankan pelbagai sudut terhadap suspek yang direman semalam.

Justeru itu, orang ramai diingatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak betul yang boleh menjejaskan siasatan

Terdahulu, seorang pemilik laman sosial Instagram mendakwa dia telah dipanggil polis bagi membantu siasatan kes melibatkan Faisal.

Beliau mendakwa mempunyai maklumat dan diminta menutup mulut mendedahkan mengenai kejadian sebenar yang menimpa pemain berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×