PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari lancar manifesto, garis lima teras - Utusan Malaysia

PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari lancar manifesto, garis lima teras

Manifesto
KHAIRUL Azhari Saut bersama pemimpin-pemimpin PN ketika pelancaran manifesto partinya bagi PRK Kuala Kubu Baharu, di Hulu Selangor, Selangor, hari ini. - UTUSAN / M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Perikatan Nasional melancarkan manifesto bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu dengan menggariskan lima teras utama yang ditawarkan kepada pengundi.

Lima teras tersebut merangkumi soal pembangunan, kelestarian alam, ekonomi, pemerkasaan golongan belia dan wanita selain membela masyarakat komuniti.

Calon PN, Khairul Azhari Saut berkata, manifestonya itu mewakili hasrat beliau untuk memastikan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu mengalami perubahan yang positif dan lebih baik.

Menurutnya, lima teras yang digariskan itu merupakan hasil daripada integrasi dengan penduduk yang dilakukan sepanjang kempen berlangsung dan merupakan tuntutan mereka untuk kawasan tersebut.

“Merancakkan pembangunan infrastruktur (dan) prasarana asas masyarakat adalah menjadi suara dalam kalangan rakyat dan majoriti,” katanya pada Pelancaran Manifesto PN, hari ini.

Dalam PRK Kuala Kubu Bharu, Khairul Azhari akan berdepan dalam saingan empat penjuru menentang calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao; Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hafizah Zainudin dan calon bebas, Nyau Ke Xin.

Seramai 40,226 pengundi dijadualkan keluar mengundi pada 11 Mei ini untuk mengundi, sementara pengundi awal, 763 orang pula akan menjalankan tanggungjawab mereka pada 7 Mei. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×