Calon lawat keluarga mangsa lemas di Sungai Balak

PRK: Calon lawat keluarga mangsa lemas di Sungai Balak

PANG Sock Tao melawat Azimah yang kehilangan suami dan dua anaknya akibat lemas di Sungai Balak, di sini - UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Suasana hiba menyelubungi pekarangan Hospital Kuala Kubu Baharu apabila tiga sekeluarga ditemukan lemas di Sungai Balak, Batang Kali, tengah hari tadi.

Mayat tiga beranak itu dibawa oleh ambulans ke Unit Forensik sekitar pukul 4.20 petang.

Mangsa adalah Arif Fadzil Abdul Salleh, 43, dan dua anaknya iaitu Damia Fadzil Abdul Salleh, 9, dan Abdul Malik, 6 tahun.

Berdasarkan tinjauan Utusan Malaysia mendapati ahli keluarga terdekat mangsa sudah mula berkumpul di hospital tersebut kira-kira dalam pukul 4.30 petang.

Dalam pada itu, kedua-dua calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao dan Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut yang bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, membatalkan jadual kempen mereka bagi melawat isteri mangsa, Azimah Azaha, 38.

Terdahulu, media melaporkan seorang bapa dan dua anaknya disahkan meninggal dunia selepas lemas ketika bermandi-manda di tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 1.09 tengah hari tadi.

Semua mangsa dijumpai pada pukul 1.35 petang pada jarak 30 meter dari lokasi mereka lemas.

Berdasarkan perbualan Utusan Malaysia bersama ahli keluarga mangsa mendapati, Arif Fadzil merupakan seorang ahli perniagaan yang ke Sungai Balak bagi melakukan aktiviti rekreasi bersama keluarganya.

Difahamkan tiga mangsa tersebut akan dibawa ke Lipis, Pahang bagi urusan pengebumian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN