Serangan peribadi, saya tidak mahu melatah – Khairul Azhari

Serangan peribadi, saya tidak mahu melatah – Khairul Azhari

KHAIRUL AZHARI SAUT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH
Bertahun pengalaman dalam politik dan kali pertama bertanding, menjadikan calon Perikatan Nasional (PN) bersedia menerima serangan parti lawan walaupun serangan peribadi.

Walaupun berdepan dengan asakan media, itu juga tidak melemahkan KHAIRUL AZHARI SAUT yang berkongsikan pengalaman kepada wartawan Utusan Malaysia, AHMAD FITRI MOHD. AS’RI dalam minggu pertama kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

 

UTUSAN: Hari pertama kempen dimulakan dengan serangan berhubung sarjana dimiliki. Apakah strategi mematahkan serangan pihak lawan?
KHAIRUL AZHARI: Ia serangan peribadi pertama. Siapa dahulu yang mulakan? Saya enggan cepat melatah dengan semua perkara yang tular itu, semua itu fitnah. Biasalah, ini pengalaman pertama saya menjadi calon wakil rakyat dan perlu biasakan diri dengan fokus untuk berkempen.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata strategi Kerajaan Perpaduan adalah kepelbagaian kaum dan semangat perpaduan seolah-olah cuba menunjukkan PN tertumpu kepada kaum tertentu sahaja.
Sudah tentu tidak, kita tahu ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri, dasar ketika itu merupakan kerajaan prihatin. Apa sahaja yang rakyat mahukan, mereka dapat tidak kira kaum dan politik. Pastinya, ia misi yang harus dilaksanakan oleh PN terhadap semua kaum.

Bagaimana dengan pengundi Cina dan India selepas MCA enggan turun berkempen untuk Kerajaan Perpaduan dan URIMAI pula menjalankan kempen boikot PH. Adakah itu akan membantu PN?
Secara langsung saya sendiri turun ke lapangan untuk menyantuni seberapa ramai pengundi yang ada di DUN Kuala Kubu Baharu. Saya sendiri tidak mahu mengambil kesempatan di atas situasi tersebut. Saya yakin dengan kekuatan PN sendiri yang mendapat kerjasama yang baik daripada Pas dan Gerakan.

Rakyat di Kuala Kubu Baharu membangkitkan isu setempat serta masalah ekonomi seperti kos sara hidup dan sebagainya, apakah pendekatan Khairul Azhari untuk mereka?
Sekiranya saya berjaya jadi wakil rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) ini, saya komited dan sedia mendengar aduan masyarakat yang mereka bawa kepada saya dan saya pula bawa kepada negeri. Itulah cara untuk ketengah masalah yang penduduk hadapi.

Bila PN akan bentangkan manifesto?
Manifesto akan dikeluarkan bila tiba masanya kerana setiap parti ada strategi masing-masing. Jadinya, kami akan bentangkan manifesto pada masa yang sesuai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN