Tourism Malaysia, MAG atur langkah strategik

Tourism Malaysia, MAG atur langkah strategik bagi Tahun Melawat Malaysia 2026

MANOHARAN Periasamy (dua dari kiri) dan Ahmad Luqman Mohd Azmi (dua dari kanan) pada majlis menandatangani MoU antara Tourism Malaysia dan Malaysia Aviation Group di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur.-UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tourism Malaysia dan Malaysia Aviation Group (MAG) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) kerjasama untuk memperkukuh Malaysia sebagai tarikan utama pelancong ke Asia.

Pemilihan MAG sebagai rakan kongsi kepada Tourism Malaysia dalam tempoh tiga tahun bermula tahun 2024 merupakan satu langkah strategik membolehkan lebih banyak penerbangan dari luar negara terutama China  ke Malaysia. 

Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Monoharan Periasamy berkata, lebih 35.6 juta pelancong dijangka datang ke negara ini sekali gus memberi manfaat untuk negara meraih pendapatan RM147.1 bilion sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY2026). 

Menurut beliau, Tourism Malaysia dan MAG akan memanfaatkan kekuatan satu sama lain dalam menyediakan perkhidmatan yang tiada tandingan dan sambungan yang lancar. 

“Dengan MoU ini, lebih banyak aktiviti bersama bakal dirancang, promosi pemasaran dan kempen pengiklanan untuk menampilkan Malaysia sebagai destinasi percutian pilihan di peringkat global.” katanya dalam sidang media di sini semalam.

MoU itu ditandatangani Timbalan Ketua Pengarah (Promosi II) Tourism Malaysia, Lee Tai Hung dan Ketua Pegawai Komersial MAG, Dersenish Aresandiran.

Beliau berkata, prospek terhadap pelancongan Malaysia pada 2024 adalah mencapai pulangan pelaburan yang cepat dengan memberi tumpuan kepada pasaran sasaran utama yang menyumbang lebih banyak kepada Malaysia.

“Pada 2024, Malaysia menyasarkan untuk menarik 27.3 juta ketibaan pelancong dengan RM102.7 bilion hasil pelancongan,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAG, Ahmad Luqman Mohd. Azmi berkata, pihaknya akan memanfaatkan kerjasama tersebut bagi meneruskan pertumbuhan trafik penerbangan udara  yang mampan.

“Dengan rangkaian kukuh dan rekod prestasi kami bekerja dengan rakan kongsi melalui perdagangan dan inisiatif pengguna, kami berada pada kedudukan yang baik untuk menyokong cita-cita pelancongan negara.

“Perkongsian itu juga berteraskan kepada Tawaran Perjalanan Sisi Bonus (BST) Malaysia Airlines, yang menyediakan penumpang dengan penerbangan percuma ke destinasi domestik dalam rangkaian kami,” ujarnya.

Tambahnya, BST akan diperluas untuk memasukkan lebih banyak tawaran eksklusif yang dipilih untuk membolehkan pelawat mengalami lebih banyak pengalaman tarikan negara, tempat menarik dan keunikan budaya Malaysia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×