Bella mangsa sebenar pun tak ambil ‘port’, kita pula yang lebih-lebih - Michael Ang - Utusan Malaysia

Bella mangsa sebenar pun tak ambil ‘port’, kita pula yang lebih-lebih – Michael Ang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penerbit dan pengarah terkemuka tanah air, Michael Ang, menggesa semua pihak supaya berhenti mengutuk individu-individu yang terlibat dalam kontroversi skandal yang sedang tular pada waktu ini.

Menurut Michael, secara peribadi, dia menyifatkan segelintir pihak bersikap melampau ketika memberi respons terhadap isu tersebut yang dikhuatiri boleh membawa tekanan kepada individu-individu terlibat.

“Sejujurnya, saya rasa sudah-sudahlah kutuk Aliff dan semua orang yang terlibat itu. Saya rasa dah melampau sangat orang yang suruh mereka tampil dan jawab soalan-soalan awak semua.

“Malah ada yang ‘stalk’ semua benda yang mereka buat. Awak semua tak fikirkah kalau semua kata-kata dan tekanan yang awak semua berikan itu boleh menjadi satu musibah?

“Dia boleh jadi ‘ting tong’ dan bunuh diri ke atau buat benda yang bukan-bukan. Awak semua nak tanggung ke dosa itu?“ katanya dalam satu hantaran di Instagram, hari ini.

Selain itu, Michael turut menggesa semua pihak terutama netizen agar tidak memberi respons hanya dengan membaca sahaja apa yang ‘dihidangkan’ kepada mereka.

“Baik kita duduk diam-diam dan baca apa sahaja yang dihidangkan daripada jadi batu api.

“Lagipun, masalah mereka adalah masalah mereka. Kita pun tak tahu siapa benar, siapa tipu.

“Mangsa terbesar iaitu Bella Astilah pun dah tak ambil ‘port’ (peduli) kita pula yang lebih-lebih. Pendapat saya sahaja ini, saya pun bukan menyebelahi sesiapa ya,” katanya.

Isu berkenaan kegoyahan rumah tangga pelakon Bella Astillah dan Aliff Aziz menjadi perhatian kebelakangan ini selepas satu demi satu kisah mereka dicanang di media sosial.

Malah, isu semakin ‘panas’ apabila muncul kekasih gelap Aliff yang berasal dari Singapura, Sarah Yasmine berlagak ‘hero’ dengan membongkar satu demi satu wanita yang bermain cinta dengan penyanyi tersebut.

Antara nama terlibat ialah Ruhainies dan Sophia Albarakbah selain tiba-tiba turut mengaitkan kes dengan menyentuh nama selebriti lain seperti Chacha dan Emma Maembong, Caprice dan lain-lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×