KUALA LUMPUR : Aktor yang semakin meningkat naik, Amir Ahnaff, mengakui kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine merupakan kenalannya semasa menyertai Celebfest
2023 di Singapura tahun lalu.
Bercakap kepada pemberita, Amir berkata, dia juga sedar namanya ada dipetik di media sosial namun mengakui tidak perlu menyembunyikan apa-apa kerana sememangnya hubungan mereka sekadar kenalan semasa di Singapura.
“Tiga hari berada di sana, kebetulan reruai jualan saya itu sebelah dengan Anna Jobling. Seperti yang kita tahu Sarah ni berkawan dengan Anna.
“Amir selalu lepak belakang reruai saya. Lepak makan dan mereka ada dekat sebelah, jadi kami lepak bersama. Dia (Sarah) banyak gila tolong angkat barang semua, bagi saya dia orang yang baik,” katanya.
Amir berkata demikian semasa ditemui pada majlis sambutan Hari Raya bersempena filem Harimau Malaya dan Terkutuk di Hotel Le Meridien, di sini, semalam.
Sementara itu, pelakon drama Project: High Council itu turut menegaskan bahawa dirinya hanyalah sekadar kenalan biasa dan tidak ada berhubung dengan Sarah selepas tamatnya acara CelebFest tersebut.
“Lepas acara itu, memang tak ada berhubung. Kami kenal situ sahaja, hanya sekadar makan sama-sama, duduk sama-sama.
“Selepas itu tak ada apa-apa dah. Memang kami tak ada berhubung. Tapi Sarah memang orang yang baik sebab dia selalu tolong kami dekat reruai semasa acara itu,” katanya.
Untuj info, Amir Ahnaf bakal membintangi filem spin-off daripada drama Project: High Council iaitu Project: Kahar terbitan Astro yang bakal ditayangkan pada tahun ini.









