Tunggu Sophia sendiri yang beri kenyataan - pengurus - Utusan Malaysia

Tunggu Sophia sendiri yang beri kenyataan – pengurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Tidak hadir ke Majlis Pelancaran filem Harimau Malaya : The Untold Journey, pengurus Sophia Albarakhbah, Nik Yasmin mengakui pelakon tersebut kini sedang sibuk dan terikat dengan jadual yang padat. 

Sekali gus memberi gambaran bahawa Sophia bukan sengaja mengelak daripada pihak media, Nik Yasmin memaklumkan Sophia sedang sibuk mengikuti kelas bahasa Jepun sebagai persediaan untuk drama From Saga With Love 2.

“Ya filem ini ( Harimau Malaya) penting untuk dia. Tapi dia ada jadual untuk ‘job’ seterusnya, dia sekarang ada dalam kelas bahasa Jepun untuk drama Saga With Love musim kedua. 

“Bulan depan dia akan Jepun untuk drama itu. Kita tunggu dia cakap sendiri sebab saya tidak mahu salah cakap sebab saya hanya menguruskan kerjaya dia,” katanya. 

Menurut Nik Yasmin, dia enggan membayangi Sophia dan memilih untuk membiarkan pelakon tersebut mengambil tempoh bertenang sebelum membuat sebarang kenyataan berhubung isu yang sedang tular kini. 

“Saya tidak mahu nanti apa yang saya cakap memberi kesan kepada kerjaya dia. 

“Kalau boleh kita tunggu Sophia sendiri yang beri kenyataan, saya tak boleh beri kenyataan bagi pihak dia. 

“Saya pun tak mahu bagi kenyataan yang mengundang, saya tak mahu benda ini jadi lebih besar dan orang memarahi dia. 

“Saya tahu benda yang berlaku dan sudah tentu saya dari pihak pengurusan kena prihatin dengan benda itu dan sudah tentu kami ada berbincang dengannya kerana ketika kejadian itu berlaku kami ada dengan dia,” katanya lagi.

Nik Yasmin berkata demikian ketika ditemui di majlis sambutan Hari Raya bersempena filem Harimau Malaya dan Terkutuk di Hotel Le Meridien, di sini, hari ini. 

Terdahulu, kekasih gelap kepada Aliff iaitu Sarah Yasmine mendedahkan Sophia masih berhubungan dengan Aliff. 

Sarah memuat naik perbualan mesej yang mengesahkan mereka  masih berhubung dengan Sophia sehingga Mac lalu.

Sarah turut mendakwa sekiranya Sophia sudah tidak melayan Aliff mengapa perlu wujud akaun Instagram palsu untuk berbual.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×